Pages

bila jemariku menari...

....

Friday, April 9, 2010

rahmat Ilahi..

Pagi Sabtu yang tenang. Terdengar kicauan burung dan hembusan angin sepoi-sepoi nyaman mencium pipiku.. Terasa amat nyaman dan mendamaikan.

Akid tidur kepenatan selepas penat bermain dengan Abahnya. Susu sebotol sudah habis diminum. Rumah akan sunyi dan sepi kalau Akid tidur.

Aku pandang sekeliling rumah. Dan aku cuba mencubit-cubit pipi. Eh, betullah aku sekarang berada di Kota Bharu. Tanah tumpah darahku.

Masih aku teringat saat kali pertama aku keluar dari negeriku ini, pada tahun 1999. Bermula episod pengembaraan dan merantau di tempat orang. Dari Terengganu, aku ke Kedah, ke Kuala Lumpur dan Ipoh. Akhirnya pada 2009, aku berjaya pulang dan bertugas ke negeri yang menjadi kebanggaanku; Kelantan Darul Naim.

Inilah nikmat yang Allah kurniakan kepadaku. Dan mungkin juga rezeki anakku; Akid.

Kata orang, rakyat Kelantan adalah manusia yang berpuak-puak. Kalau jumpa geng dari negeri sendiri, pasti lupa pada kawan yang ada. Betulke? Entah, aku tak pasti sangat tentang angapan seperti itu. Bagi aku, manusia ada mulut dan boleh berkata apa-apa sahaja yang mereka suka. Yang pentingnya, aku tidak begitu. Dan aku rasa tidak penting untuk bagitahu semua orang yang aku bukan begitu. Suka hati lah.

Yang penting. Aku kini sudah tidak lagi berada di tempat orang.

Ya aku bangga berada di Kuala Lumpur. Kotaraya metropolian. Kat situ ada KLCC, ada kenderaan LRT, Monorel dan macam-macam lagi kehebatan-kehebatan yang maha-canggih. Tapi semua itu tak ada makna untuk aku . Jiwa aku tak 'ngam' dengan hiruk pikuk kota. Tekak ku tak dapat menerima makanan di sana .. Susah untuk aku gambarkan tetapi, disitu bukan tempatku. Agaknya aku ini kekampungan. Aku tersenyum sendirian.

Aku bahagia di sini. Di Kota Bharu. Di sinilah aku dilahirkan dan dibesarkan. Dan disinilah, aku ingin meneruskan kehidupan. Dan pabila tiba masanya nanti, disinilah aku ingin disemadikan...

No comments:

Post a Comment