Pages

bila jemariku menari...

....

Tuesday, March 30, 2010

My 4th Wedding Anniversary

Hari ni ialah 31 Mac 2010. Pada hari ini 4 tahun yang lepas saya adalah insan yang paling bertuah di muka bumi Allah .. Pada hari ini saya telah diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hati saya sendiri iaitu Samsuden Bin Ibrahim. Suami yang menjadi degup jantung saya dan peneman sepanjang hayat saya ..

Terasa baru sahaja kami diraikan dalam majlis yang sederhana tetapi penuh dengan kemeriahan dan kebahagian bersama keluarga dan handai taulan .. tak tersedar setiap bilah-bilah hari yang berlalu... kini sudah 4 tahun kami bersama mengharungi suka dan duka .. menerima dan memberi atas segala kelebihan dan kekurangan masing-masing ..

Terasa jauh lagi peralanan hidup kami berdua ..

Buat suami tercinta; Abe..

Terima kasih kerana .. sentiasa menerima kelemahan dan kekurangan diri ini serta selalu mendidik diriku menjadi seorang isteri dan ibu yang baik.. aku sedar diriku tidak terlalu sempurna, namun, aku sentiasa ingin menjadi yang terbaik buat dirimu..


Semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke syurga..

Dahaga Ilmu

hmm..

saya sangat asyik melayari blog-blog yang ada di internet ni. terasa diri sangat kerdil kerana melihat rekabentuk serta rekacorak blog orang lain yang sangat canggih dan hebat-hebat belaka. terasa seeronok membaca setiap catitan di situ .. kadang-kadang tanpa disedari saya tersenyum sendirian.

saya sangat berharap agar sahabat lama saya; fiza masih sudi memberi tunjuk ajar bagi saya mencanggihkan lagi blog saya ini.. dan sesiapa sahaja yang telah lama melibatkan diri dalam arena blog ni supaya memberikan pandangan yang positif, cadangan dan buah fikiran untuk saya berkongsi ilmu tentang blog .. haha...kelihatan seperti saya ini langsung tidak tahu..tetapi kalau tidak mahu bertanya atau malu bertanya, sudah tentu sampai bila pun saya tidak akan pandai ! betul tak?


:)

Monday, March 29, 2010

Hari pertama sebagai blogger

Assalamualaikum.

Hari ni 30 Mac 2010. Di Kelantan Darul Naim, 30-31 Mac adalah hari Keputeraan Sultan Kelantan dimana kami rakyat jelata dikurniakan cuti selama 2 hari berturut-turut.

Duduk di rumah tak ada apa-apa nak buat selepas selesai urusan rumahtangga; mengemas, mencuci dan memasak ..apalagi selepas menguruskan si kecil tersayang; Akid Samsuden 1 tahun 7 bulan yang sangat keletah. Akid kalau dah kenyang dan sesudah dimandikan, pasti merengek2 minta ditidurkan. Abah Akid pulak keluar menguruskan urusannya. Tinggal lah saya seorang di rumah terkedip-kedip menhadap tv..

Semasa melayari Facebook, seorang sahabat lama bertanya; " aimi, kau ada blog"? .. terkebil-kebil saya berfkir..blog? akhirnya sahabat lama saya memberi tunjuk ajar supaya saya membina blog saya sendir..katanya, pelbagai aktiviti faedah boleh saya lakukan.

Akhirnya, tercatitlah tulisan saya di sini. Dan..saya sangat teruja!

hmm... berbunga rasa bangga di hati saya :)