Pages

bila jemariku menari...

....

Thursday, November 4, 2010

Monday, August 30, 2010

Friday, May 21, 2010

Akid sayang Tok Ma

Kadang-kadang, hairan pun ada. Kenapa Akid suka sangat datang rumah Tok Ma? Dan kadang-kadang hairan pun ada sebab melihat gelagat anak sulung kesayanganku ini bagaikan terlupa bahawa akulah ibunya. Namun inilah keajaiban kasih sayang seorang nenek kepada cucunya. Perasaan itu difahami oleh seorang cucu yang baru berumur setahun sembilan bulan.

Atau mungkin kerana aku ini agak sedikit cengil dengannya membuatkan dia lebih selesa dengan neneknya. : )

AKid... mommy sayang Akid : )

Friday, April 9, 2010

cikgu ke?

Satu hari aku ikut mama ke majlis kenduri kahwin di kampung. Kendurnya sangat meriah. Bukan setakat pengantin yang kelihatan cantik berseri. Tetamunya pun sama. Mengerlip-ngerlip dengan pakaian yang indah-indah dan sudah tentunya barang-barang kemas ang dipakai, kalah model Habib Jewel ataupun POH KONG! Aku tersenyum di dalam hati ..

Selepas selesai menikmati hidangan yang disediakan oleh tuan rumah, mama mengajak aku ke ruangan pelamin. Nak tengok pelamin katanya. Mama ni, pelamin macam tu jugak rupanya .. Nak tengok buat apa.. Aku menurut sahaja.

Tiba-tiba kami disapa oleh kenalan lama mama. Begitu rancak mereka berbual ..

" Eh, ni anak sulung kak mun yang kecil-kecil dulu tu ye.. Wah dah besar !", Sapa sahabat lama mama..


Aku terangguk-agguk sahaja dan sedikit tersenyum..

" Kerja apa? Cikgu ye? "..


Bosannya. Tak ada soalan lain ke nak tanya kat aku ni?

Seingat-ingat aku, memang itulah soalan yang kerap ditujukan.

Mengapa mentaliti orang Melayu ni hanya beranggapan setiap anak-anak yang belajar sekolah, masuk universiti kalau keluar mesti jadi guru? Seolah-olah profesyen perguruan sahaja yang mulia dalam dunia ni. Kenapa?

Jadi peniaga ikan tu bukan profesyen ke? Jadi tokeh budu tu tak glamer ke.

Pergi sekolah, bukan sebab nak lulus periksa dan dapat keputusan cemerlang sahaja. Masuk universiti bukan sebab nak jadi pegawai tinggi atau sekadar nak dapatkan ijazah untuk pekerjaan sahaja.

Ianya lebih dari itu . Pergi sekolah sebab nak dapatkan ilmu. Bukan ilmu akademik sahaja, tapi macam-macam lagi ilmu yang bukan dari buku. Kalau lulus cemerlang dalam peperiksaan tapi perangai macam hantu? Apa gunanya..

Janganlah memandang rendah kepada mereka yang bekerja sebagai petani, nelayan, peniaga dan apa-apa sahaja pekerjaan yang bukan kerajaan. Tak semestinya kerja kerajaan dapat menjamin segala-galanya. Setiap dari kita saling bergantungan antara satu sama lain. Bayangkan kalau tiada pekerja dari Majlis Daerah/Majlis Perbandaran yang mengangkut sampah dari rumah ke rumah, kalau tiada nelayan yang berani mati menangkap ikan di laut dalam, kalau tiada petani yang memanggang kulitnya di tengah sawah bercucuk tanam; apa akan jadi?


Kerja kerajaan atau kerja swasta sama sahaja. Yang bezanya kalau langsung tak kerja!!!

rahmat Ilahi..

Pagi Sabtu yang tenang. Terdengar kicauan burung dan hembusan angin sepoi-sepoi nyaman mencium pipiku.. Terasa amat nyaman dan mendamaikan.

Akid tidur kepenatan selepas penat bermain dengan Abahnya. Susu sebotol sudah habis diminum. Rumah akan sunyi dan sepi kalau Akid tidur.

Aku pandang sekeliling rumah. Dan aku cuba mencubit-cubit pipi. Eh, betullah aku sekarang berada di Kota Bharu. Tanah tumpah darahku.

Masih aku teringat saat kali pertama aku keluar dari negeriku ini, pada tahun 1999. Bermula episod pengembaraan dan merantau di tempat orang. Dari Terengganu, aku ke Kedah, ke Kuala Lumpur dan Ipoh. Akhirnya pada 2009, aku berjaya pulang dan bertugas ke negeri yang menjadi kebanggaanku; Kelantan Darul Naim.

Inilah nikmat yang Allah kurniakan kepadaku. Dan mungkin juga rezeki anakku; Akid.

Kata orang, rakyat Kelantan adalah manusia yang berpuak-puak. Kalau jumpa geng dari negeri sendiri, pasti lupa pada kawan yang ada. Betulke? Entah, aku tak pasti sangat tentang angapan seperti itu. Bagi aku, manusia ada mulut dan boleh berkata apa-apa sahaja yang mereka suka. Yang pentingnya, aku tidak begitu. Dan aku rasa tidak penting untuk bagitahu semua orang yang aku bukan begitu. Suka hati lah.

Yang penting. Aku kini sudah tidak lagi berada di tempat orang.

Ya aku bangga berada di Kuala Lumpur. Kotaraya metropolian. Kat situ ada KLCC, ada kenderaan LRT, Monorel dan macam-macam lagi kehebatan-kehebatan yang maha-canggih. Tapi semua itu tak ada makna untuk aku . Jiwa aku tak 'ngam' dengan hiruk pikuk kota. Tekak ku tak dapat menerima makanan di sana .. Susah untuk aku gambarkan tetapi, disitu bukan tempatku. Agaknya aku ini kekampungan. Aku tersenyum sendirian.

Aku bahagia di sini. Di Kota Bharu. Di sinilah aku dilahirkan dan dibesarkan. Dan disinilah, aku ingin meneruskan kehidupan. Dan pabila tiba masanya nanti, disinilah aku ingin disemadikan...

akid

akid,
buah hati peangarang jantung mommy
pengikat kasih cinta sejati
lambang cinta kasih nan murni

mommy sayang akid
tiada lain tiada ganti
akid cahaya kasih mommy
menerangi perjalanan hidup ini

siang dan malam mommy berdoa
dikau selamat dunia dan akhirat
menjadi lelaki soleh dan perwira bangsa
kebanggaan negara dan juga agama

mommy cinta akid selamana.....

Tuesday, April 6, 2010

pakai aku punya!

Saya ada ramai sahabat baik di pejabat.. saya sangat bersyukur kerana dikelilingi oleh ramai sahabat-sahabat baik .. Terima kasih Ya Allah...

Salah seorang dari sahabat saya ; Siti Zaleha.. Orangnya tnggi, berkulit putih kuning, pandai membawa diri dan baik hati... Salah satu sikapnya yang sangat saya senangi ialah- tidak hipokrit.

Kalau dia rasa saya ada buat salah, dia akan 'sound' saya directly. Kalau dia tengok saya ada masalah, dia pasti akan hulurkan tangan. Dan kalau dia rasa pakaian saya macam 'ntah apa-apa', dia lah orang pertama yang akan memberikan komen.. walapun umur kami sebaya, tapi pemikirannya; macam orang tua-tua ..

Di pejabat kami, kami selalu akan mengikuti kelas senamrobik .. Ahad, Selasa dan Khamis. Pada setiap petang, kami akan bersenam robik bersama-sama rakan-rakan sepejabat yang lain.. Siti Zaleha juga adalah supporter saya yang utama supaya saya kuruskan badan. Dan tak jemu-jemu mengajak saya ke kelas senamrobik tu..

Dijadikan kisah, pada minggu ni, dah sehari saya missed kelas. Alasan saya, saya lupa bawa pakaian.. Hari ni, Siti Zaleha datang ke meja saya'" Hari ni senamrobik tau!".. saya cepat-cepat cakap saya lupa bawa baju. Siti Zaleha tak marah, dan selamba dia jawab balik, " Pakai baju saya lah".. Saya tergelak dan fikir, mana boleh? Aku rendah, dia tinggi,, mana muat..

Lunch-hour dia pulang ke rumahnya. Saya fikir agaknya nak balik menyusukan Evy; anak perempuan kesaangannya.

Sedang elok saya sedang membuat report, tiba-tiba dia muncul depan meja saya. " Nah baju dan seluar. pakai !"..

Saya terkelu .. terkedu...


Rupanya sahbat saya yang seorang ni sanggup pinjamkan baju kepada saya semata-mata nak saya join senamrobik dan KURUSKAN badan!

Dan petangnya, saya terkinja-kinja di kelas senamrobik dengan baju dan seluar pinjam dan berkaki ayam!


Dalam hati saya bulatkan niat- AKU MESTI KURUS!!!!



-note-
ja, tenkiyu.. i really mean it...