Pages

bila jemariku menari...

....

Friday, April 9, 2010

cikgu ke?

Satu hari aku ikut mama ke majlis kenduri kahwin di kampung. Kendurnya sangat meriah. Bukan setakat pengantin yang kelihatan cantik berseri. Tetamunya pun sama. Mengerlip-ngerlip dengan pakaian yang indah-indah dan sudah tentunya barang-barang kemas ang dipakai, kalah model Habib Jewel ataupun POH KONG! Aku tersenyum di dalam hati ..

Selepas selesai menikmati hidangan yang disediakan oleh tuan rumah, mama mengajak aku ke ruangan pelamin. Nak tengok pelamin katanya. Mama ni, pelamin macam tu jugak rupanya .. Nak tengok buat apa.. Aku menurut sahaja.

Tiba-tiba kami disapa oleh kenalan lama mama. Begitu rancak mereka berbual ..

" Eh, ni anak sulung kak mun yang kecil-kecil dulu tu ye.. Wah dah besar !", Sapa sahabat lama mama..


Aku terangguk-agguk sahaja dan sedikit tersenyum..

" Kerja apa? Cikgu ye? "..


Bosannya. Tak ada soalan lain ke nak tanya kat aku ni?

Seingat-ingat aku, memang itulah soalan yang kerap ditujukan.

Mengapa mentaliti orang Melayu ni hanya beranggapan setiap anak-anak yang belajar sekolah, masuk universiti kalau keluar mesti jadi guru? Seolah-olah profesyen perguruan sahaja yang mulia dalam dunia ni. Kenapa?

Jadi peniaga ikan tu bukan profesyen ke? Jadi tokeh budu tu tak glamer ke.

Pergi sekolah, bukan sebab nak lulus periksa dan dapat keputusan cemerlang sahaja. Masuk universiti bukan sebab nak jadi pegawai tinggi atau sekadar nak dapatkan ijazah untuk pekerjaan sahaja.

Ianya lebih dari itu . Pergi sekolah sebab nak dapatkan ilmu. Bukan ilmu akademik sahaja, tapi macam-macam lagi ilmu yang bukan dari buku. Kalau lulus cemerlang dalam peperiksaan tapi perangai macam hantu? Apa gunanya..

Janganlah memandang rendah kepada mereka yang bekerja sebagai petani, nelayan, peniaga dan apa-apa sahaja pekerjaan yang bukan kerajaan. Tak semestinya kerja kerajaan dapat menjamin segala-galanya. Setiap dari kita saling bergantungan antara satu sama lain. Bayangkan kalau tiada pekerja dari Majlis Daerah/Majlis Perbandaran yang mengangkut sampah dari rumah ke rumah, kalau tiada nelayan yang berani mati menangkap ikan di laut dalam, kalau tiada petani yang memanggang kulitnya di tengah sawah bercucuk tanam; apa akan jadi?


Kerja kerajaan atau kerja swasta sama sahaja. Yang bezanya kalau langsung tak kerja!!!

No comments:

Post a Comment