Pages

bila jemariku menari...

....

Thursday, November 4, 2010

Monday, August 30, 2010

Friday, May 21, 2010

Akid sayang Tok Ma

Kadang-kadang, hairan pun ada. Kenapa Akid suka sangat datang rumah Tok Ma? Dan kadang-kadang hairan pun ada sebab melihat gelagat anak sulung kesayanganku ini bagaikan terlupa bahawa akulah ibunya. Namun inilah keajaiban kasih sayang seorang nenek kepada cucunya. Perasaan itu difahami oleh seorang cucu yang baru berumur setahun sembilan bulan.

Atau mungkin kerana aku ini agak sedikit cengil dengannya membuatkan dia lebih selesa dengan neneknya. : )

AKid... mommy sayang Akid : )

Friday, April 9, 2010

cikgu ke?

Satu hari aku ikut mama ke majlis kenduri kahwin di kampung. Kendurnya sangat meriah. Bukan setakat pengantin yang kelihatan cantik berseri. Tetamunya pun sama. Mengerlip-ngerlip dengan pakaian yang indah-indah dan sudah tentunya barang-barang kemas ang dipakai, kalah model Habib Jewel ataupun POH KONG! Aku tersenyum di dalam hati ..

Selepas selesai menikmati hidangan yang disediakan oleh tuan rumah, mama mengajak aku ke ruangan pelamin. Nak tengok pelamin katanya. Mama ni, pelamin macam tu jugak rupanya .. Nak tengok buat apa.. Aku menurut sahaja.

Tiba-tiba kami disapa oleh kenalan lama mama. Begitu rancak mereka berbual ..

" Eh, ni anak sulung kak mun yang kecil-kecil dulu tu ye.. Wah dah besar !", Sapa sahabat lama mama..


Aku terangguk-agguk sahaja dan sedikit tersenyum..

" Kerja apa? Cikgu ye? "..


Bosannya. Tak ada soalan lain ke nak tanya kat aku ni?

Seingat-ingat aku, memang itulah soalan yang kerap ditujukan.

Mengapa mentaliti orang Melayu ni hanya beranggapan setiap anak-anak yang belajar sekolah, masuk universiti kalau keluar mesti jadi guru? Seolah-olah profesyen perguruan sahaja yang mulia dalam dunia ni. Kenapa?

Jadi peniaga ikan tu bukan profesyen ke? Jadi tokeh budu tu tak glamer ke.

Pergi sekolah, bukan sebab nak lulus periksa dan dapat keputusan cemerlang sahaja. Masuk universiti bukan sebab nak jadi pegawai tinggi atau sekadar nak dapatkan ijazah untuk pekerjaan sahaja.

Ianya lebih dari itu . Pergi sekolah sebab nak dapatkan ilmu. Bukan ilmu akademik sahaja, tapi macam-macam lagi ilmu yang bukan dari buku. Kalau lulus cemerlang dalam peperiksaan tapi perangai macam hantu? Apa gunanya..

Janganlah memandang rendah kepada mereka yang bekerja sebagai petani, nelayan, peniaga dan apa-apa sahaja pekerjaan yang bukan kerajaan. Tak semestinya kerja kerajaan dapat menjamin segala-galanya. Setiap dari kita saling bergantungan antara satu sama lain. Bayangkan kalau tiada pekerja dari Majlis Daerah/Majlis Perbandaran yang mengangkut sampah dari rumah ke rumah, kalau tiada nelayan yang berani mati menangkap ikan di laut dalam, kalau tiada petani yang memanggang kulitnya di tengah sawah bercucuk tanam; apa akan jadi?


Kerja kerajaan atau kerja swasta sama sahaja. Yang bezanya kalau langsung tak kerja!!!

rahmat Ilahi..

Pagi Sabtu yang tenang. Terdengar kicauan burung dan hembusan angin sepoi-sepoi nyaman mencium pipiku.. Terasa amat nyaman dan mendamaikan.

Akid tidur kepenatan selepas penat bermain dengan Abahnya. Susu sebotol sudah habis diminum. Rumah akan sunyi dan sepi kalau Akid tidur.

Aku pandang sekeliling rumah. Dan aku cuba mencubit-cubit pipi. Eh, betullah aku sekarang berada di Kota Bharu. Tanah tumpah darahku.

Masih aku teringat saat kali pertama aku keluar dari negeriku ini, pada tahun 1999. Bermula episod pengembaraan dan merantau di tempat orang. Dari Terengganu, aku ke Kedah, ke Kuala Lumpur dan Ipoh. Akhirnya pada 2009, aku berjaya pulang dan bertugas ke negeri yang menjadi kebanggaanku; Kelantan Darul Naim.

Inilah nikmat yang Allah kurniakan kepadaku. Dan mungkin juga rezeki anakku; Akid.

Kata orang, rakyat Kelantan adalah manusia yang berpuak-puak. Kalau jumpa geng dari negeri sendiri, pasti lupa pada kawan yang ada. Betulke? Entah, aku tak pasti sangat tentang angapan seperti itu. Bagi aku, manusia ada mulut dan boleh berkata apa-apa sahaja yang mereka suka. Yang pentingnya, aku tidak begitu. Dan aku rasa tidak penting untuk bagitahu semua orang yang aku bukan begitu. Suka hati lah.

Yang penting. Aku kini sudah tidak lagi berada di tempat orang.

Ya aku bangga berada di Kuala Lumpur. Kotaraya metropolian. Kat situ ada KLCC, ada kenderaan LRT, Monorel dan macam-macam lagi kehebatan-kehebatan yang maha-canggih. Tapi semua itu tak ada makna untuk aku . Jiwa aku tak 'ngam' dengan hiruk pikuk kota. Tekak ku tak dapat menerima makanan di sana .. Susah untuk aku gambarkan tetapi, disitu bukan tempatku. Agaknya aku ini kekampungan. Aku tersenyum sendirian.

Aku bahagia di sini. Di Kota Bharu. Di sinilah aku dilahirkan dan dibesarkan. Dan disinilah, aku ingin meneruskan kehidupan. Dan pabila tiba masanya nanti, disinilah aku ingin disemadikan...

akid

akid,
buah hati peangarang jantung mommy
pengikat kasih cinta sejati
lambang cinta kasih nan murni

mommy sayang akid
tiada lain tiada ganti
akid cahaya kasih mommy
menerangi perjalanan hidup ini

siang dan malam mommy berdoa
dikau selamat dunia dan akhirat
menjadi lelaki soleh dan perwira bangsa
kebanggaan negara dan juga agama

mommy cinta akid selamana.....

Tuesday, April 6, 2010

pakai aku punya!

Saya ada ramai sahabat baik di pejabat.. saya sangat bersyukur kerana dikelilingi oleh ramai sahabat-sahabat baik .. Terima kasih Ya Allah...

Salah seorang dari sahabat saya ; Siti Zaleha.. Orangnya tnggi, berkulit putih kuning, pandai membawa diri dan baik hati... Salah satu sikapnya yang sangat saya senangi ialah- tidak hipokrit.

Kalau dia rasa saya ada buat salah, dia akan 'sound' saya directly. Kalau dia tengok saya ada masalah, dia pasti akan hulurkan tangan. Dan kalau dia rasa pakaian saya macam 'ntah apa-apa', dia lah orang pertama yang akan memberikan komen.. walapun umur kami sebaya, tapi pemikirannya; macam orang tua-tua ..

Di pejabat kami, kami selalu akan mengikuti kelas senamrobik .. Ahad, Selasa dan Khamis. Pada setiap petang, kami akan bersenam robik bersama-sama rakan-rakan sepejabat yang lain.. Siti Zaleha juga adalah supporter saya yang utama supaya saya kuruskan badan. Dan tak jemu-jemu mengajak saya ke kelas senamrobik tu..

Dijadikan kisah, pada minggu ni, dah sehari saya missed kelas. Alasan saya, saya lupa bawa pakaian.. Hari ni, Siti Zaleha datang ke meja saya'" Hari ni senamrobik tau!".. saya cepat-cepat cakap saya lupa bawa baju. Siti Zaleha tak marah, dan selamba dia jawab balik, " Pakai baju saya lah".. Saya tergelak dan fikir, mana boleh? Aku rendah, dia tinggi,, mana muat..

Lunch-hour dia pulang ke rumahnya. Saya fikir agaknya nak balik menyusukan Evy; anak perempuan kesaangannya.

Sedang elok saya sedang membuat report, tiba-tiba dia muncul depan meja saya. " Nah baju dan seluar. pakai !"..

Saya terkelu .. terkedu...


Rupanya sahbat saya yang seorang ni sanggup pinjamkan baju kepada saya semata-mata nak saya join senamrobik dan KURUSKAN badan!

Dan petangnya, saya terkinja-kinja di kelas senamrobik dengan baju dan seluar pinjam dan berkaki ayam!


Dalam hati saya bulatkan niat- AKU MESTI KURUS!!!!



-note-
ja, tenkiyu.. i really mean it...

Azamku

Saya ada satu 'penyakit' yang tak pernah sembuh-sembuh sejak saya remaja ..
Penyakit yang saya maksudkan ialah- lackof confidence in term
of appearance. Saya selalu rasa saya tak cantik .. hodoh.. saya malu nak bersolek..saya malu nak pasang badan .

Apabila dewasa dan memasuki alam pekerjaan, saya tidak menitikberatkan aspek pemakaian. saya suka pakai ikut suka hati saya .. Kalau beli kain untuk buat baju kurung (selalu aje baju kurung), saya akan cari kain yang paling murah. Biar cantk asal murah . Tapi percayalah! Kain yang murah jarang sangat ada yang cantik ..

Tak sangka, sikap saya itu akhirnya memakan diri. Walaupun saya sentiasa perform dalam tugas saya; tapi rupanya saya 'dipandang' rendah, 'dipandang' sebelah mata oleh mereka disekeliling saya. Orang tak respect saya ..

Sekarang, ramai sahabat saya menasihatkan saya supaya mengubah penampilan saya. Mereka nasihatkan saya supaya 'pasang-badan'! Kuruskan badan! Mekap! Saya masih muda! Tapi berpakaian macam mak nenek!

Terima kasih sahabat..

Dan insan yang sangat menyokong saya ialah'; suami tercinta

i take it as a challenge..


Ja, Kak Ji dan kawan-kawan lain .. terima kasih ..

Friday, April 2, 2010

Kurus Vs Gemuk

" Anak kau ni kurus sangat. Tak bagi makan ke? " .. berdesing dan panas cuping telinga apabila menangkap ayat itu... aku cuma tersenyum tawar..Kurus?...

Aku pandang Akid dengan penuh kasih - sayang ... Kurus sangat ke anak aku?Buruk sangat ke anak aku? Akid tidak faham dengan renungan aku... dia sangat asyik dan leka bermain...

Setiap kali aku jumpa dengan Dr Mazidah; salah seorang daripada pakar kanak-kanak terbaik di Pakar Perdana Hospital; aku akan bertalu-talu bertanya pada doktor wanita yang satu ni.. "Doktor! kenapa anak saya kurus? , kenapa anak saya tak gemuk macam anak orang lain? If it possible, tolong bagi ubat supaya anak saya gemuk! Anak saya ni tak normal ke?Tolong bagi saya carta perkembangan budak-budak..ada tak Doktor?? " .... bertalu-talu soalan aku asakkan pada dia...

Tapi Dr. Mazidah cuma tersenyum. Dengan lembut tetapi tegas..dia katakan pada aku..;

"Orang lain adalah orang lain.. Akid is Akid.. Never compare him with others! Setiap kanak-kanak yang dilahirkan di dunia ini memiliki potensi, perkembangan fizikal dan mental yang berbeza.Whats the matter momm? Nothing wrong with Akid..he is on the right track! His weight is ok..Kurus doesnt mean dia tak sihat? You tau..he got long way to go!! .Soon dia akan makin membesar..U'll see about tat... No! Saya tak nak bagi awak growth chart tu.. i takut u gila nanti ! "


Aku terdiam... Ya Allah..kenapa lah aku ni tak bersyukur? kenapa.. aku rasa diri aku teruk sangat.. Aku terlalu mendengar kata-kata orang luar.. Yang tak tahu apa-apa tentang Akid..Yang hanya tahu bercakap dan bercakap... Tanpa menyedari kata-kata mereka itulah yang banyak meracuni fikiran aku ..dan menghiris-hati hati aku..

Akid adalah kurniaan Allah kepada aku dan suami.. Sejak dilahirkan, fizikal dan mentalnya normal.. dia sempurna dan normal!.. dulu lepas dilahirkan, aku mengira-ngira semua anggota di badannya...jarinya di setiap tangan ada lima! semuanya cukup! semuanya elok terbentuk ..

Dan bila dia semakin membesar, dia mampu meniarap, merangkak, bertatih,berlari dan berjalan sama seperti anak-anak yang lain ..dan kini dia mampu bercakap .. memanggil aku Mommy ! (Walaupun ku ajar dia memanggil ku Mama), mungkin kerana mendengar mak saudaranya yang berumur 7 tahun memanggil mommy kepada Ibuku ..lalu dia menukar panggilannya kepada ku kepada Mommy!!..

Cuma..badan Akid tidak segemuk, semontel, sebulat anak-anak kecil yang pernah aku jumpa.. Tapi... Akid sihat.. Akid kuat dan sangat bijak.. sekarang umurnya setahun setengah..dia mula pandai bercakap .. pandai menari,pandai mengira 1..2..3... pandai menurut arahan yang aku ajar padanya .. dan.. setiap kali aku dan suami solat, dialah yang sibuk minta dibentangkan sejadah... tertonggeng-tonggeng dia "solat".. Dan setiap hari, ada sahaja benda baru yang dbuatnya.. Keletahnya sangat membahagiakan aku ...

Hari Khamis yang lepas, badan Akid nak ruam kerana cuaca yang panas .. Sekali lagi aku dan suami membawa Akid berjumpa dengan Doktor yang merawat Akid sejak dari hari pertama dia dilahirkan ke dunia yang indah ini ; Dr. Mazidah..

Soalan pertama Dr. yang bijak lontarkan padaku.. " Akid dah pandai bercakap?".. Ya! dan aku tak hent-henti mula menceritakan itu ini kepada Doktor Mazidah. Dia membalasnya dengan senyuman yang lebar di wajahnya... "Ok..jom kita timbang Akid" .."Well done! 10.3 kg!"... Aku tak kisah sangat pasal berat AKid.. yang penting dia sihat!!


Pagi Jumaat .. seperti setiap pagi Jumaat yang selalunya; suamiku yang taat kepada ibunya akan sentiasa membawaku dan Akid ke rumah ibunya.. Kesetiaan itulah yang ku harapkan kepada Akid apabila dia dewasa kelak.. taat dan patuh serta sentiasa mengutamakan aku sebagai ibunya sama seperti apa yang Abahnya lakukan sekarang..

Di rumah ibu mertua, aku bersantai-santai dan berbual-bual dengan birasku yang mempunyai anak perempuan yang sebaya dengan Akid.. Anaknya sangat gemuk dan montel.. tetapi usianya lebih tua sebulan dari Akid..Kalau dulu, aku sangat malu kepada birasku kerana berfikiran aku ni tak pandai menjaga anak.. Birasku pula, hanya dengan menyusu badan, anaknya sihat dan gemuk..Susu badannya pula sangat banyak... Betapa bertuahnya dia...Aku pula, terpaksa memberikan Akid susu formula..susu badan pun dah kering...

Tetapi itu dulu..skarang, perasaan itu telah ku lemparkan sejauh yang mungkin.. Aku tidak lagi berfikiran sebodoh itu dan sentiasa bangga dengan Akid ku...

Tiba-tiba birasku bertanya.. "berapa berat Akid mi?"

Dengan perlahan aku jawab.. "10.3 kg je Kak za.Baru timbang Khamis lepas"...

" Eh..Sama berat dengan Alya lah..cuma Alya 10 kg je " balasnya ..

Aku terasa seperti kepalaku dihantuk dengan kuat .. La... ye ke... Rupanya Akid tak kurus lah! Bodohnya aku .. kesian Akid...

Akid anak Mommy tak kurus.. ! Akid normal..Akid normal ok!

Tuesday, March 30, 2010

My 4th Wedding Anniversary

Hari ni ialah 31 Mac 2010. Pada hari ini 4 tahun yang lepas saya adalah insan yang paling bertuah di muka bumi Allah .. Pada hari ini saya telah diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hati saya sendiri iaitu Samsuden Bin Ibrahim. Suami yang menjadi degup jantung saya dan peneman sepanjang hayat saya ..

Terasa baru sahaja kami diraikan dalam majlis yang sederhana tetapi penuh dengan kemeriahan dan kebahagian bersama keluarga dan handai taulan .. tak tersedar setiap bilah-bilah hari yang berlalu... kini sudah 4 tahun kami bersama mengharungi suka dan duka .. menerima dan memberi atas segala kelebihan dan kekurangan masing-masing ..

Terasa jauh lagi peralanan hidup kami berdua ..

Buat suami tercinta; Abe..

Terima kasih kerana .. sentiasa menerima kelemahan dan kekurangan diri ini serta selalu mendidik diriku menjadi seorang isteri dan ibu yang baik.. aku sedar diriku tidak terlalu sempurna, namun, aku sentiasa ingin menjadi yang terbaik buat dirimu..


Semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke syurga..

Dahaga Ilmu

hmm..

saya sangat asyik melayari blog-blog yang ada di internet ni. terasa diri sangat kerdil kerana melihat rekabentuk serta rekacorak blog orang lain yang sangat canggih dan hebat-hebat belaka. terasa seeronok membaca setiap catitan di situ .. kadang-kadang tanpa disedari saya tersenyum sendirian.

saya sangat berharap agar sahabat lama saya; fiza masih sudi memberi tunjuk ajar bagi saya mencanggihkan lagi blog saya ini.. dan sesiapa sahaja yang telah lama melibatkan diri dalam arena blog ni supaya memberikan pandangan yang positif, cadangan dan buah fikiran untuk saya berkongsi ilmu tentang blog .. haha...kelihatan seperti saya ini langsung tidak tahu..tetapi kalau tidak mahu bertanya atau malu bertanya, sudah tentu sampai bila pun saya tidak akan pandai ! betul tak?


:)

Monday, March 29, 2010

Hari pertama sebagai blogger

Assalamualaikum.

Hari ni 30 Mac 2010. Di Kelantan Darul Naim, 30-31 Mac adalah hari Keputeraan Sultan Kelantan dimana kami rakyat jelata dikurniakan cuti selama 2 hari berturut-turut.

Duduk di rumah tak ada apa-apa nak buat selepas selesai urusan rumahtangga; mengemas, mencuci dan memasak ..apalagi selepas menguruskan si kecil tersayang; Akid Samsuden 1 tahun 7 bulan yang sangat keletah. Akid kalau dah kenyang dan sesudah dimandikan, pasti merengek2 minta ditidurkan. Abah Akid pulak keluar menguruskan urusannya. Tinggal lah saya seorang di rumah terkedip-kedip menhadap tv..

Semasa melayari Facebook, seorang sahabat lama bertanya; " aimi, kau ada blog"? .. terkebil-kebil saya berfkir..blog? akhirnya sahabat lama saya memberi tunjuk ajar supaya saya membina blog saya sendir..katanya, pelbagai aktiviti faedah boleh saya lakukan.

Akhirnya, tercatitlah tulisan saya di sini. Dan..saya sangat teruja!

hmm... berbunga rasa bangga di hati saya :)