Pages

bila jemariku menari...

....

Tuesday, March 30, 2010

My 4th Wedding Anniversary

Hari ni ialah 31 Mac 2010. Pada hari ini 4 tahun yang lepas saya adalah insan yang paling bertuah di muka bumi Allah .. Pada hari ini saya telah diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hati saya sendiri iaitu Samsuden Bin Ibrahim. Suami yang menjadi degup jantung saya dan peneman sepanjang hayat saya ..

Terasa baru sahaja kami diraikan dalam majlis yang sederhana tetapi penuh dengan kemeriahan dan kebahagian bersama keluarga dan handai taulan .. tak tersedar setiap bilah-bilah hari yang berlalu... kini sudah 4 tahun kami bersama mengharungi suka dan duka .. menerima dan memberi atas segala kelebihan dan kekurangan masing-masing ..

Terasa jauh lagi peralanan hidup kami berdua ..

Buat suami tercinta; Abe..

Terima kasih kerana .. sentiasa menerima kelemahan dan kekurangan diri ini serta selalu mendidik diriku menjadi seorang isteri dan ibu yang baik.. aku sedar diriku tidak terlalu sempurna, namun, aku sentiasa ingin menjadi yang terbaik buat dirimu..


Semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke syurga..

3 comments:

  1. Happy 4th anniversary dear!wishing u a whole lot of happiness today n all through d year!May ur celebrations bring lots of special moments 4 u to remember!

    May Allah bless ur marriage! Aminnn :D

    ReplyDelete
  2. hai emmi...
    Tahniah atas ulangtahun perkahwinan yg ke-4....
    terharu baca penulisan di entry ni...
    semoga bahagia selalu..selagi cinta tidak dikhianati, pastinya akan bahagia sehingga akhir hayat...
    salam sayang,
    cik ann.

    ReplyDelete
  3. blog marsya: www.mymarsya.blogspot.com

    p/s: cik ann buat khas utk marsya, utk tatapan dia bila besar nanti.
    :)
    nanti buat utk akid deh...

    ReplyDelete